Ada masalah hutang nak buat apa dahulu?

Bismillahiraahmanirrahim….

Dikisahkan pada suatu hari ada seorang lelaki yang bekerja di sebuah hotel yang biasa menyajikan arak bertemu dengan Syeikh asy-Sya’rawi (Syeikh Mutawali asy-Sya’rawi) rahimahullah.

Syeikh asy-Sya’rawi kemudiannya menyuruh lelaki tadi untuk berhenti bekerja di hotel tersebut. Akan tetapi lelaki itu memberi alasan bahawa dia terpaksa bekerja di hotel itu sebab nak menyara keluarganya dan membayar hutang.

Syeikh asy-Sya’rawi kemudian berkata, “Wahai anakku, Allah SWT berfirman:
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan menunjukan kepadanya jalan keluar dari kesusahan. (Qur’an Surat Ath-Thalaq:2)”.

Lalu Syeikh bertanya kepada lelaki itu, 

“Adakah Allah menyebut taqwa dahulu atau jalan keluar dahulu?”.

“Allah menyebut taqwa dahulu,” jawab lelaki itu.

Syeikh pun berkata, “Jadi kenapa kamu hendak mencari jalan keluar dahulu sebelum taqwa? Kenapa duduk di tempat mungkar itu untuk mencari jalan keluar dahulu, kemudian baru bertaqwa? Kamu semestinya bertaqwa dahulu dan kemudian pasti Allah akan menunjukkan kamu jalan keluar!”.

Setelah mendengar nasihat Syeikh asy-Sya’rawi maka lelaki ini pun setuju. Dia meninggalkan pekerjaannya dengan gajinya yang tinggi di hotel tadi.

Tak lama kemudian, ada seorang hamba Allah datang bertemu dengan lelaki itu dan menawarkannya sebuah pekerjaan sebagai pengurus di hotel yang berada di Madinah Al Munawwarah berdekatan dengan makam Nabi Muhammad SAW.

Pekerjaan barunya lebih baik dan hutang-hutangnya pun selesai disebabkan dia mendengar nasihat Syeikh asy-Sya’rawi dulu, “Yang mana lebih dahulu, taqwa atau jalan keluar?”.

Utamakan taqwa dahulu dan Allah akan memberi jalan keluar. Apakah kamu hendak mencari jalan keluar sedang kamu dalam keadaan ingkar kepada Allah? Kegilaan apakah ini?
“Siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan jalan keluar”.

Mula-mula sekali mestilah taqwa kemudian jalan keluar akan datang. Tetapi kenapa kebanyakan daripada kita melakukan nya dengan cara yang terbalik? Sudah tentu ia tidak akan efektif.

KEMBALI HIDUP BERTUHAN, SELESAI MASALAH REZEKI.
 
Jom kita belajar lagi tentang Magnet Rezeki Cara Allah
 
Klik je butang dibawah ini sebelum kami tutup link :