×
New Joined

2 langkah menyelesaikan masalah Rezeki dalam hidup anda

Sila tonton video di bawah sehingga habis

 

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada anda. Saya Farihan Yahya, Founder Projek e-Rezeki.my ini. Satu platform yang saya bina untuk semua. Khusus membawa insan diluar sana untuk kembali hidup bertuhan dan membantu menyelesaikan masalah rezeki.

Perlukan bimbingan untuk berubah? Saya bukanlah guru. Bukan juga cikgu, ustaz, sosial influencer. Bukan juga Dato'., Professor mahupun orang berpangkat. Zaman poyo saya, mencari nama, mencari pujian dan sanjungan orang dah berlalu(baca perjalanan kisah saya dibawah untuk tahu lanjut). Sekarang, sisa masa yang tinggal hanya untuk membesarkan Dia, beramal lebih untuk Dia, mengajak orang kembali balik kepada Dia dengan mengenal Dia. Allah kurniakan kepada saya beberapa kelebihan iaitu salah satunya ilmu Pengurusan dan Leadership. Allah beri juga kepada saya ilmu Hikmah Diri supaya insan lain mudah faham dalam proses mendidik ke jalan Allah, mengenal diri mengenal Allah. Allah berikan kepada saya ilmu pengurusan bisnes gaya Nabi. Platform e-Rezeki.my ini juga saya bina aplikasi dari ilmu dakwah cara Rasulullah. Berkaitan masalah rezeki akan selesai automatik apabila aplikasikan ilmu yang saya DIDIK & kongsikan dalam group komuniti RMR + KMR ini. Pengalaman yang saya telah lalui boleh dijadikan panduan, sempadan dan ilmu buat anda yang ingin betul-betul berubah dari kepompong masalah sedia ada sekarang.

Biarlah hanya kita wujud pada pandangan Allah semata
Biarlah hanya kita wujud pada pandangan Allah semata

Sukacitanya saya menjemput anda join komuniti RMR + KMR. Dengan cara berinfaq RM110 RM100 untuk sebahagian jariah pengurusan dan selenggara platform yang kami gunakan ini serta selebihnya ke Tabung Projek Bahtera(aktiviti harian beri nasi percuma di masjid & sekolah tahfiz). Infaq ilmu anda ini sekali sahaja seumur hidup. Selagi bernafas, saya akan bimbing anda kembali ke jalan hidup bertuhan dan menyelesaikan masalah rezeki anda. Ilmu Allah tak boleh dijual beli, tak boleh di niagakan. Anda kena jelas yang itu. Anda nak belajar solusi kepada masalah anda, sedekah lah lebih, beramal lah lebih lagi, sebarkan manfaat sebanyak mungkin, sebarkan lebih lagi kebesaran Allah. Bukan kepada saya, bukan untuk saya, tapi terus lah direct kepada Allah. Terus Ikhlaskan diri, kerana Dia, baru "bodek" kepada Allah dengan cara yang betul dan berkesan. Anda akan dihadiahkan susunan Workbook SOP 555(Rahsia Magnet Rezeki) dan Workbook Rahsia Kelancaran Magnet Rezeki serta merta setelah infaq anda selesai. Teruskan beramal. Workbook ini hasil pengalaman dan amalan yang telah terbukti & sangat berkesan saya telah lalui, beramalnya sendiri sehingga kini.

Syarat utama berada dalam group komuniti ini mudah sahaja, sentiasa kosongkan gelas setiap hari. Niat nak belajar kerana Allah. Kerana, akan ada sahaja ilmu baru yang akan saya kongsikan akan bimbingkan kepada anda, insyaAllah. Siapa yang layak sertai? hanya insan yang masih belum boleh buat simpanan RM5000 sebulan. SIMPANAN ya, bukan SALE & bukan GAJI! Kalau anda dah boleh buat simpanan sebulan RM5000 tidak perlulah lagi anda sertai ke komuniti saya ini, anda sudah kategori berjaya, Allah dah bantu anda lah tu. Jalan terus..

Klik butang dibawah jika anda ingin dapatkan ilmu ini, memenuhi syarat dan ingin berukhuah dalam komuniti ini :

Saya Nak Berubah ▹

Kisah disebalik wujudnya platform ini yang perlu anda tahu

Pada 24 Ogos 2018 yang lalu saya telah ditidurkan sementara oleh Allah. Kejadian berlaku ketika tengah bergembira jalan-jalan dan bersuka ria dengan family tersayang saya di sekitar Petaling Jaya. Tengah-tengah seronok, Allah pengsankan saya, terus tak sedarkan diri. Saya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh. Dimasukkan ke ICU.

Ada darah pekat dalam otak sepanjang 2cm. Serta bengkak. Doktor berikan bius untuk rehatkan saya. Sehingga 28 Ogos 2018 baru saya separa sedar. 29 Ogos 2018 baru sedar sepenuhnya atas keizinan Allah. Namun masih tidak boleh berkata-kata dan masih menggunakan alat bantuan pernafasan.

Seperti Mati hidup semula. Itu yang saya alami dan rasai. Setelah saya terjaga dari hari itu, saya terus bertanya berapa TAHUN saya dah tidur? Rasa cukup panjang dan lama rasanya saya ditidurkan. Allahu..

Saya disahkan Strok sebelah kanan badan. Sekarang masih lagi usaha untuk proses pemulihan. 90% alhamdulillah. Menulis pun masih lagi banyak menggunakan anggota sebelah kiri. Kanan belum pulih sepenuhnya.

Syukur alhamdulillah, Allah masih beri peluang kepada saya untuk bernafas dan memakmurkan insan melalui ilmu dan pengalaman yang saya ada sebelum ini. Tanpa berlengah dan membuang masa lagi, terus saya lancarkan 3 projek pada awal tahun 2019 iaitu Projek Bahtera, Projek e-Rezeki.my dan Projek Bahtera Umrah.

Platform ini tidak lain dan tidak bukan sekadar saham akhirat untuk membawa balik seramai mungkin kembali hidup bertuhan. Dan membantu menyelesaikan masalah yang sering belenggu orang ramai iaitu masalah REZEKI.

  • Projek Bahtera merupakan pada awalnya adalah Secara Mingguan untuk Sedekah Makan Tengah Hari di Masjid Bandar Baru Ampang di Zon Tengah iaitu pada hari Jumaat.
  • Sehingga kini kami berjaya tadbir dan urus tanpa gagal, sudah mencapai sasaran 500 jemaah(bungkusan diedarkan) setiap minggu.
  • Kami telah buka Projek Bahtera di Zon Utara pula iaitu di Masjid Ar-Rahmah, Melele Jitra pada awal Julai 2019.
  • Dan pada awal Ogos 2019 yang lalu kami telah buka Projek Bahtera Zon Selatan iaitu di MASJID BANDAR BARU SENAWANG, N.SEMBILAN.
  • Dan pada awal September 2019 kami telah buka Projek Bahtera Zon Timur iaitu di MASJID TENGKU MAHKOTA ABDULLAH, KAMPUNG PERAMU, KUANTAN, PAHANG.
  • Sesiapa yang ingin menyumbangkan boleh terus salurkan ke :

https://www.billplz.com/projekbahtera

Jemput layari Medium Sosial Media Projek Bahtera kami untuk ikuti laporan harian aktiviti ini :

https://facebook.com/projekbahterahttps://t.me/ProjekBahtera dan https://instagram.com/_projekbahtera

 

fastabiqul khairat e-rezeki.my

Kini saya komuniti(RMR,KMR, RHD, dan e-Rezeki.my) telah menyebar luaskan lagi rezeki Allah dengan mentadbir urus makan tengah hari di 3 Sekolah tahfiz pada setiap hari.

Hasil sumbangan ke tabung THE ONLY ONE kami iaitu tabung PROJEK BAHTERA, kami tadbir dan urus pula untuk sekolah tahfiz ini setiap hari.

Sekolah terlibat adalah :

  • Tahfiz 1: Maahad Tahfiz Integrasi ILMI, Ulu Langat Selangor
  • Tahfiz 2: Madrasah Tahfiz Raudhatul Huffaz, Ulu Langat, Selangor
  • Tahfiz 3: Maahad Tahfiz Al-Hikmah, Arau, Perlis

Pada awal ogos 2019 lalu, sekolah tahfiz itu bercuti jadi kami membuat adhoc projek menggantikan tahfiz tersebut (UNTUK SEMENTARA) dengan Pusat Penjagaan Fikrah,Kajang,Selangor. Pusat Jagaan ini dihuni oleh 100 orang warga emas. Majoritinya dibuang dan ditinggalkan keluarga(anak-anak). Ikuti laporan dari team Projek Bahtera setiap hari di telegram channel di sini.

Kenapa saya buat Projek Bahtera ini? kerana saya telah alami sendiri rasanya MATI ketika saya ditidurkan 5 hari itu. Setiap orang dah rasa mati pasti ingin bersedekah. Kerana tahu jika diberi kesempatan balik ke dunia semula pasti ingin lakukan sedekah. 3 amalan yang boleh berterusan dibawa selepas kita mati apa dia? iaitu

+ Doa anak yang soleh,

+ Ilmu yang bermanfaat, dan

+ Sedekah Jariah.

Sedekah yang berpanjangan dan berterusan. Dengan itulah lahirnya Projek Bahtera ini. Saya nak seramai mungkin bersedekah bersama-sama saya. Kerana dengan aktiviti berjemaah, Allah lebih suka. Allah lebih tuntut kita lakukan satu-satu amalan kebajikan dengan berjemaah. Ramai-ramai. Tidak seorang-seorang. Konsep itu yang saya terapkan dalam komuniti VIP Rahsia Magnet Rezeki (RMR).

Setelah itu, saya lancarkan Projek e-Rezeki.my pula. Ianya kembar kepada Projek Bahtera. Kerana apa? kerana ramai juga di dalam komuniti VIP Rahsia Magnet Rezeki, yang nak bersedekah RM10 pun masih tidak mampu. Nak bersedekah setiap hari pun masih lagi berkira-kira. Teragak-agak. Apatah lagi seminggu sekali. Juga tidak mampu. Tidak yakin dengan Allah yang Maha Pemberi Rezeki, Yang Maha Kaya.

Platform e-Rezeki.my adalah platform untuk semua. Apa yang ada dalam e-Rezeki.my ini? Saya wujudkan sistem affiliate. Saya dan team e-Rezeki.my beri ilmu berkaitan bisnes kepada Affiliate. Beri ilmu didik cara buat bisnes ikut contoh Rasulullah melalui ilmu Super NBI. Rumusan ilmu di Group Wasap Komuniti RMR+KMR dan di Platform affiliate e-Rezeki.my, mereka semua akan pelajari seperti gambar tapak tangan di bawah. Dari asas sekecil-kecil ilmu bisnes tepi jalan hingga ke Ilmu pengurusan bisnes Billionair iaitu income legacy. (**kuncinya hanyalah dengan, bertanya)

Ilmu bisnes yang akan di didik di e-Rezeki.my

Semua yang ada masalah tidak mampu bersedekah di RMR+KMR  itu, di didik untuk belajar ilmu bisnes ini. Daftar dan Buat bisnes online melalui platform Affiliate e-Rezeki.my. Saya mendidik semua ahli RMR+KMR yang menyertai affiliate e-Rezeki.my untuk sebarkan Rezeki Allah. Bukan lagi hanya sekadar penerima rezeki.

Produk apa yang para affiliate sebarkan ;

  • Workbook Rahsia Amalan 100 Hari(Rahsia Magnet Rezeki-RMR).
  • Workbook Rahsia Kelancaran Magnet Rezeki(KMR) : lanjutan dari ilmu RMR.

kombo rmr dan kmr

Hasil infaq yang dapatkan workbook ini melalui link affiliate e-Rezeki.my, pihak pengurusan akan beri sebahagian imbuhan hasil usaha mereka, kerana berjaya mengajak orang untuk beramal, belajar ilmu kerana Allah, mengajak orang membuat kebaikan ikhlas kerana Allah. Boleh membantu mereka untuk sertai bersedekah kerana Allah di Projek Bahtera. Mampu menyelesaikan masalah tiada rezeki untuk memberi sedekah, setiap minggu/setiap hari selepas mereka menyertai Projek e-Rezeki.my ini. Begitu kitaran rezeki yang Allah nak. Beri dan sebarkan kebesaran Dia. Beramal kerana Dia. Bukan puji makhluk ciptaan Dia. Bukan puji produk, bukan puji nama-nama orang. Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Baca Al-Fatihah bagaimana kalau masih puji makhluk Dia?

Begitulah 2 kitaran ilmu, amalan dan infaq usaha yang saya bangunkan ini. Moga usaha kecil ini memberi impak besar pada akhirat kita semua. Juga pada balasan rezeki di dunia buat anda jika anda usaha lebih untuk sampaikan / mengajak orang lain mendapatkan ilmu amalan ini.

Group Whatsapp Komuniti VIP RMR atau KMR saya didik untuk beramal sambil faham apa yang mereka amalkan itu. Bukan sekadar ikut-ikutan sahaja. Jadi ilmu sebenar yang diberikan bukan terletak pada atau didalam Workbook RMR + KMR tersebut. Tetapi ilmu sebenar adalah dari amalan & didikan yang saya terapkan setiap hari di dalam komuniti RMR + KMR tersebut.

Itulah sahaja usaha saya selagi ada nafas ini. Sebelum dijemput balik bertemu Ilahi kelak. Mengajak orang bersedekah bersama. Mengajak orang beramal dari amalan 2 workbook itu melalui platform e-Rezeki.my ini.

Jelas ke setakat ini?

Jika anda ada sebarang maklum balas atau pertanyaan boleh terus tinggalkan di form ini, saya akan membalas secepat mungkin pertanyaan & maklum balas membina daripada anda.

https://forms.gle/c8u72zT6HfMcn8kn7

Sekian, jumpa anda di Group Whatsapp Komuniti VIP RMR+KMR untuk perkongsian lanjut ilmu DIDIKAN dari saya ya!

Manfaat apabila sertai e-Rezeki.my

Membantu anda mendalami ilmu bisnes online sebenar gaya Rasulullah

  1. Setiap orang tercari-cari ilmu bisnes. Real Ilmu Bisnes. Padahal kita sebenarnya sudah cukup, ada seorang role model, ikutan, contoh yang betul-betul mentor sepanjang zaman segala ilmu. Termasuklah ilmu bisnes. Real Bisnes in the world. Jika tidak Rasulullah siapa lagi?
  2. Berbagai ilmu bisnes yang kita boleh pelajari dari Rasulullah. Dari awal nak mula bisnes, pemilihan bisnes, pengurusan staf, pengurusan masa, pengurusan kewangan, pelaburan dan pengagihan wang.
  3. Aspek kemahiran pengurusan masa melalui teknik bisnes cara nabi ini mengajar kita untuk menguruskan masa dengan lebih efisyen. Oleh yang demikian, kita akan mempunyai lebihan masa untuk membuat amalan yang di susun di dalam RMR+KMR kerana Allah.
  4. Masa yang terluang juga boleh kita gunakan untuk mengeratkan lagi hubungan kita sesama manusia terutamanya ahli keluarga dan pasangan kita. InsyaAllah makin hari pasti makin sayang.
  5. Apabila keluarga bertambah gembira dan sayang, stress akan minimum, kerja akan lebih produktif dan dioptimasikan dengan cara yang betul. Ya, lah kita kan ikut urus bisnes cara nabi. Seronok? Mestilah seronok..

Membantu menyelesaikan masalah rezeki yang sering dihadapi ramai orang

  1. Platform e-Rezeki.my ini untuk semua. One Platform For All..
  2. Jadi ianya satu medium yang disediakan khas untuk anda praktiskan ILMU BISNES ONLINE yang akan dibimbing oleh team leader Projek e-Rezeki.my ini.
  3. Tiada lagi masalah berkaitan rezeki apabila anda berusaha aplikasikan ilmu dan teknik yang dibimbing di e-Rezeki.my ini. Platform yang kami sediakan juga PERCUMA. Anda berpeluang menjana unlimited income(pendapatan) dari sini. Hanya menggunakan ilmu dan praktikal yang kami share.
  4. Anda tidak lagi perlu mencari-cari peluang kerja atau melaburkan modal untuk pelajari ilmu.
  5. Tiada ilmu yang lebih mahal dari ilmu mengenal diri mengenal Allah. Dibukakan seluas-luasnya jalan apabila kita, balik kembali ikut jalan yang betul.
  6. Janganlah kita lalai. Erti lalai sebenar ialah lalai dari mengingati Allah walau sedetik waktu.

Membantu membawa orang kembali hidup bertuhan yang sebenar

  1. Back to basic, Awalluddin Maarifatullah (Awal2 Beragama Itu Mengenal Allah). Di dalam Group RMR asasnya adalah untuk membawa balik diri kita supaya sentiasa sedar akan Allah.
  2. Segala amalan di dalam Workbook RMR adalah himpunan amalan untuk kita lebih mendekatkan kita kepada Allah.
  3. Tiada had limit ilmu untuk lebih mengenal Allah apabila berada di dalam group RMR. Saya sebagai khalifah, anda juga sebagai khalifah. Amanah saya untuk menyampaikan segala ilmu yang dah diletakkan pada bahu saya(Ilmu Akhirat & Ilmu Dunia). Itu tanggungjawab saya selagi nafas saya masih ada(sebelum ditarik balik untuk selamanya).
  4. Bila kita dalam berjemaah ( Group RMR ) barulah lebih bermotivasi untuk laksanakan amalan-amalan yang sama secara istiqamah. Ada saya dan sahabat lain yang boleh menasihati dan kongsi pengalaman rasa supaya kita turut sama bermotivasi. Ilmu sebenar segalanya datang dari Allah.

4) ALLADZII ALLAMA BIL-QALAM

Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,

5) ALLAMAL INSAANA MAALAM YA LAM

Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Membantu menjana online bisnes sambil mendapat lebih kebebasan masa untuk beramal kepada Allah + mensucikan harta dengan bersedekah dan zakat

  1. Setiap orang perlu ada paling tidak, satu bisnes online. Kerana itu salah satu sumber rezeki masa kini yang terlalu mudah nak buat dan semua orang boleh buat.
  2. Amat rugi apabila tidak merebut peluang ini. Kerana bisnes online umpama mesin duit maya untuk anda. 
  3. Platform e-Rezeki.my ini satu contoh peluang yang anda boleh sertai untuk menjana rezeki secara online. Dengan cara mendaftar sebagai affiliate e-Rezeki.my, setelah itu anda akan diberi link unik untuk anda promosikan Workbook RMR dan lain-lain produk yang ada di e-Rezeki.my ini. iklankan link affiliate anda tu sahaja. itulah bisnes online anda yang paling mudah nak dibuat dan boleh dibuat oleh semua orang.
  4. Apabila menjadi affiliate e-Rezeki.my ini, anda umpama bersama-sama melaksanakan perintah Allah dalam surah al-Asr ayat 1 - 3. iaitu bermaksud :

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Mengajak orang ramai untuk bersabar, beramal, jemput sebarkan(jadi affiliate e-Rezeki.my) untuk dapat komisyen, dan beri solusi untuk selesaikan masalah DUIT yang tak pernah jumpa jalan nak selesai tu dengan kembali balik kepada Allah. Setelah beramal RMR, satu persatu akan Allah aturkan untuk selesaikan masalah rezeki tu.

Telah ramai affiliate e-Rezeki.my yang sebarkan link affiliate di sosial media mereka(dalam wall fb dan group fb), entah siapa-siapa Allah hadirkan dapatkan/beli melalui link dia. Tiba-tiba lihat akaun ada duit komisyen masuk. Anda pun boleh sambil beramal, sambil sebarkan link affiliate anda(itu sunnatullah untuk berikhtiar atas dunia ini).

Lebih banyak rezeki yang kita dapat, pastikan lebih banyak kita zakat dan sedekahkan. Kerana itu kunci untuk bersihkan diri kita. Bersihkan apa? bersihkan kekotoran rezeki yang kita dah makan sebelum-sebelum-sebelum-sebelum-sebelum-sebelum ini. 

Allah berikan rezeki. Dia juga aturkan segala hidup kita. Dia juga yang gerakkan kita buat benda baik dan buruk sebelum-sebelum ini supaya kita ambil pengajaran dan sedar kembali balik pada Dia. Dia juga jadikan rezeki yang halal dan haram. Walaubagaimana pun kita hidup atas dunia ni, kita tak akan dapat lari dari secebis makan rezeki haram. Lebih-lebih lagi, pada zaman sekarang ni. Pegang hp sekejap waktu bekerja pun dah lalai dari bekerja. Kan dah jadi sumber rezeki yang haram disitu. Setuju?.. jadi Allah dah aturkan hidup kita siap-siap supaya kita hendaklah sucikan diri dan bersihkan harta kita dengan tunaikan ZAKAT dan SEDEKAH!. jika tak buat dua ni(sedekah+zakat), sampai bila-bila lah diri kita ini tak akan selesai masalah rezeki dan sampai bila-bila lah diri kita ini umpama "kotor" dan "jijik" yang menghalang daripada rezeki nak masuk. Jadi, buat affiliate e-Rezeki.my ini selain dapat komisyen lebih, tujuan utamanya(NIAT SIAP-SIAP) untuk menggalakkan semua affiliate sedekahkan sebahagian komisyen itu untuk sucikan rezeki yang Allah beri tu. Supaya hadir lebih banyak lagi rezeki dari Allah yang tidak disangka-sangka untuk anda. Kita usaha selagi mampu. Setelah itu berserah dan bertawakkal. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. "We belong to Allah and to Allah we shall return." sentiasa ingat tu..

Segala Ilmu yang saya kongsikan boleh di simpulkan dalam 1 Graf Kehidupan dibawah sahaja:

sila klik untuk resolusi yang lebih tinggi

Sila klik untuk lihat saiz besar dan lebih jelas.

Ilmu ini bukan tentang saya, tetapi ianya tentang anda, bagaimana diri Anda menjadi SUPER MAGNET REZEKI. Ianya satu ilmu dimana kita MENARIK REZEKI CARA ALLAH. Hanya duduk diam, rezeki akan datang menghampiri. Kalau dengan diam sahaja, rezeki sudah berkejaran datang menghampiri, bagaimana pula kalau kita bergerak, bekerja dan berbisness..??

Ingin me RASA ianya sendiri?

Rasa Masin air laut

Kisah Pengalaman RASA 1 : +

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat Sifu Farihan yang disayangi.

Terlebih dahulu saya panjatkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT kerana memberi ruang untuk menulis dan berkongsi RASA.

Syukur juga pada Allah kerana telah menemukan jalan meraih cinta Allah yang hakiki walaupun sedikit. RASA ketenangan yang amat sangat selepas mengapplikasikan setiap amalan dlm RMR. Jujurnya tiada hari yang lebih bahagia selepas istiqomah mengamalkannya.

Dulunya saya seorang jurutera dalam bidang O&G hampir 18tahun. Hati mula dilanda kerisauan dan damai mula hilang tak tahu kenapa? Mungkin Ego diatas pangkat & wang yang ada membuatkan sy alpa. Walaupun begitu saya tak pernah tinggalkan amalan sedekah dan solat awal waktu.

Alhamdulillah, tahun lps sy dijemput Allah untuk menjalani ibadah Umrah bersama isteri. Terdetik dihati dan sy terus nekad utk daftar umrah pada ramadhan 1440H.

Perjalanan yang membawa byk ibrah dlm diri. Sy Mohon pd Allah utk diberi hidayah agar tidak hanyut dgn apa yg sy miliki sekarang.

Pada awal tahun 2019, sy tinggalkan kerjaya yang dah sebati dgn diri. Ramai yg kata sy buat tindakan yg salah. Tapi dlm hati sy tahu Allah sedang aturkan perancangan yang sgt hebat utk saya.

Mulanya, sy lakukan bermacam2 kerja terutamanya dlm bidang bisness yg saya kurang pengesahan tentangnya. Sy buat personal loan utk mulakan bisness tp ilmu kurang dan bisness sy terhenti ditengah jalan. Hati mula gelisah memikirkan komitmen yg masih ada sedangkan Wang simpanan semakin hari semakin susut.

Sy sentiasa berdoa agar sy ditemukan dgn guru yang boleh beri jalan utk selesaikan RASA gundah ini. Alhamdulillah, seorang Demi seorang Allah Teluk an dgn mereka. Allah takdirkan sy untuk membaca posting drpd sifu Farihan dan sy mula utk join dan follow telegram/ whatapps dan posting dr sifu. Dan seterusnya membeli e-book RMR.

Saya tak terus membaca eBook yg dibeli. Dh hampir 1 bulan sy bertangguh untk membuka dan membaca. Tak terdetik langsung dihati untuk mulakannya. Namun, Setiap perkara Allah dah susun dgn baik dan sy membaca helaian demi helaian dan mula mengamalkan Setiap amalan yang diajar.

Permulaan tidak istiqomah sebab mengharapkan miracle berlaku dgn cepat, masalah diselesaikan segera. Hati masih lagi bimbang tentang hal2 yg remeh. Sehinggalah sy ditempar dgn kata2 sifu lebih kurang mcm ni la; “Sekian lama Kita remehkan Allah, dan bila ada masalah baru Kita nak menyapa Allah dgn harapan Allah bantu”. Allah...malunya rasa diri ni.

Satu persatu Allah tunjukkan kebenaran tentang fahaman sy yg salah. Beribadah pada Allah kerana mahukan sesuatu tapi tidak padaNya yg sebenar. Sy ingat lagi sifu pernah berkongsi tentang satu cerita mengenai Raja dan Menterinya. Kenapa saya perlu yang lain sedangkan saya boleh dptkan cinta dan syg dr Maha Pencipta.

Saya mula ubah cara saya memandang sesuatu perkara dan semuanya saya dulukan Allah. Allah dulu, Allah sekarang dan Allah sampai bila2. Alhamdulillah, RASA yg indah itu Allah hadirkan dan sy terus istiqomah utk setiap amalan dan harap hanya ada pd Allah 100%.

Mudah2an Allah rezekikan saya untuk bertemu dgn Sifu Farihan untuk mengucapkan RASA Terima kasih yang tak terhingga kerana berkongsi RASA atas pengalaman yang berharga dan yang dilakukan oleh Sifu sendiri.

Saya doakan agar sifu sentiasa dalam keadaan yang bahagia dan diberi kesenangan oleh Allah utk terus berbagi RASA dengan kami semua. Amin

Sent from my iPhone

Mukhsin

Kisah Pengalaman RASA 2 : +

Waalaikummussalam sifu

Bismillahhirrohmaanirrohim
Seharian saya fikir apa yg saya nak kongsi pada sifu sebab cerita saya tak sehebat rakan2 group yg lain yg saya begitu kagum bila membacanya
Nama penuh saya Zalila Hj Hassan tapi lebih dikenali dgn panggilan MIMI
Saya kenal nama sifu lbih kurang 2 thn yg lepas melalui teman sekampung yg mengajak saya menyertai kelas sifu tapi sya menolak kerana mungkin Allah tak pilih saya agaknya disaat itu
Namun dlm masa yg sama saya sentiasa berdoa pd Allah agar merezekikan sya seorang sahabt yg dpt mengingatkan saya kepadaNya disaat saya lalai dan leka
Alhamdulillah saat hati saya dlm keadaan 'JIWA KACAU' dlm bahasa rock☺️saya terbaca link e-Rezeki.my dlm slh stu group saya dan tanpa berfikir pnjang sya trus klik
Sifu
Terus terang saya katakan sya masuk group sifu ni pd asalnya bukan nk 'kaya' harta tapi nk 'kaya' hati
Saya nk cuci hati saya yg bnyak sngt kekotoran ni yg menjadi perisai utk saya hampir kpdNya..Allahhuakbar..
Saya takut pd diri saya sendiri sifu saya nampak baik dimata orang tapi saya tak rasa pn diri saya baik saya nampak alim dimata orang tapi saya tak rasa pun diri saya alim sebab apa sifu......
Saya menjaga mak saya yg sakit tapi mak saya adik beradik saya benci saya...Allahhu...
Saya mengajar orang mengaji seikhlas hati tanpa meminta upah tapi mak saya adik beradik saya kata saya riak.Allahhu....
Setiap kali saya bersedih hanya padaNya saya mengadu tapi saya sangat bersyukur kerana Allah kurniakan saya seorang suami yg begitu menyayangi saya yg sentiasa ada disaat saya berduka yg selalu berkata "Yang adalah isteri abang yg solehah anak yg baik Allah nampak apa yg Yang buat" kata2 suami selalu menjadi penguat semangat saya utk menjaga mak saya
Sifu
Mak saya OKU tiada kaki sebelah .panjng ceritanya
Di pedekkan cerita mak menyalahkan saya diatas kehilangan kakinya semakin hari kebencian mak semakin ketara namun saya tetap bersabar. Suami saya bekerja di Singapura saya menjaga mak di kg pendalaman di Yong peng. Setiap hari suami saya berulang dr Yong peng ke Singapura pukul 4.30 dia betolak kol 9 mlm dia smpai rumah naik moto berhujan berpanas demi menyokong saya utk terus menjaga mak
Tapi sedihnya tiada siapa pn yg hargai pengorbanan kami malahan tohmahan yg kami terima.
Akhirnya atas nasihat teman baik sya berpindah ke kulai.Saya tinggalkan mak dgn hati yg berat dgn rasa berdosa ya amat.
Selepas perpindahan saya kami adik beradik bergilir jaga mak dlm sebulan saya cma jaga mak seminggu shj.
Baru sebulan kami bergilir jaga mcm2 cerita saya dengar .Baru mereka tau betapa susahnya menjaga orangtua yg sakit .Masing2 mula bagi alasan utk mengelak jaga mak..Saya minta izin suami pindah ke kg semula utk jaga mak, suami izinkan tapi selepas anak2 sambung belajar ke Jakarta Ogos ni...
Tapi x sempat sifu..
Mak saya baru meninggal 10 hari raya yg lepas sifu. Tapi saya bersyukur di akhir hayat mak saya jadi rapat semula dgn mak. Adik beradik pn semakin sedar kesilapan mreka alhamdulillah. Paling gembira bila adik kata mak tak sabar menunggu giliran saya jaga mak sehinggalah ketika mak sakit di hospital mak tak izinkan saya tinggalkan dia wpun utk kebilik air. Dalam 9 orang anak mak saya berada disisi mak disaat pemergian mak ..Allahhu..
Ilmu yg sifu ajar menjadikan saya seorang yg sabar dan saya anggap kesabaran saya itulah rezeki dari Allah buat saya
Saya amalkan semua yang sifu ajar dlm buku Amalan 100 Hari
Saya akan terus perbaiki amalan saya dan doakan saya terus istiqomah ya sifu
Masih bnyak kekurangan dlm amalan saya sifu saya adalah hambaNya yg sangat lemah kerana kekuatan itu adalah milikNya...
-Zalila,Malaysia
Kisah Pengalaman RASA 3 : +

Assalamualaikum sifu,

Syukur Alhamdulillah sy bersyukur kerana mendapat ilmu yg bermanfaat utk kehidupan saya didunia dan diakhirat bersama tunjuk ajar sifu.
Sebelum mengamalkan RMR kehidupan saya serba Dalam kekalutan, stress dan sentiasa tidak puas hati dgn suami. Saya sentiasa mengejar harta dunia.Sentiasa berhutang dan banayakkan masa mencari rezeki semata.
Ya Allah,
Sifu rupanya sebelum ni sy sebuk membuat kerja tuan pada hal saya hnylah insan kerdil yg hanya meminjamkan segala kurniaan Allah pada saya.
Syukur Ya Allah,
Dibukakan pintu hati saya untuk menyertai dan mengetahui bagaimana utk mendapat menyelesaikan hutang dengan segera berjaya didunia dan akhirat.
Pada permula 2 hari sy me mulakan RMR saya mula jaga tahajjud Allah permudahkan urusan saya untuk berpi dah kepada sebuah kedai dengan mudah. Pada hal saya telah lama berusaha untuk mendapat kan kedai tersebut.
Hati saya juga telah mula tenang, tenang yg selama ini yg saya cari. Allahu Akbar...
Apabila saya mula bersyukur dan bersedekah saya telah mula dapat job Dobi dengan pihak Usim...
Terima kasih sifu dan sy akan terus tekat kan diri terus istiqamah beramal dan beribadah kerana Allah. Segala2nya pinjaman dariNya.
Sifu saya benar2 berterima kasih kpd sifu dan sy akan terus konsisten dengan amalan tersebut dan bersyukur sangat2 kerana rumah tangga kembali bahagia.
Segala2nya dari Allah.
Aamiin
Kisah Pengalaman RASA 4 : +

Wasalam.maaf lambat reply.biasa saya buka email waktu lapang supaya saya dapat faham dan hadam apa yang saya baca serta mencatat utk ulangkaji dan mengamalkannya.

Semenjak sy berjumpa tuan sy cuba amalkan apa yg tuan sampaikan sedaya upaya saya.
Hati dan perasaan sy berasa tenang dan bertuhan.apabila berada dlm taman2 ilmupun blh faham dan rasa sgt singkat hidup ini dan bertekad mengumpul bekal utk akhirat.
Bab rezeki pulok.awal2 beramal dulu,sy ada menempah rantai tangan emas 10.hampir 4 bln tak siap2.rupa2nya tukang tak buat pun.sy desak dan katanya dekat Raya dpt.tp Alhamdulillah.seminggu puasa siap dan dlm keadaan sempurna.nilaiannya dlm 10k rt tu.
Selepas raya pula ada org terdesak nak guna duit.sekali lagi Allah permudahkan bagi sy utk membeli tanah yg hendak dijual.tanah setengah eka nilaian 300k disekitar k.trg.beliau jual ke sy 150k jer dan suami tolong bayarkan 100k selebihnya sy.Alhamdulillah.
Dan hr ni Allah permudahkan sy utk menebus brg kemas kat arrahnu.cukup duit.syukur sgt2.
Segalanya dipermudahkan oleh Nya.
Setiap hr sy akan usahakan utk bersedekah.Alhamdulillah hati rasa senang.terutama apbila melihat sedikit sedekah sy tu ramai yg dpt makan.bila campur2 dgn yg lain2lah.hahaha......ada tak yg auto sedekah dr ac?dan hati ini bersedekah bknnya nak balasan sekarang tp nak kumpul harta utk akhirat nnti.semoga Allah terima sedekah saya disini utk akhirat.aamiin....
Alhamdulillah tuan.syukur sgt2 dpt berjumpa dgn tuan dan group ni.
TQVM.😍😍😍😍😍
-Aniza,Malaysia.
Kisah Pengalaman RASA 5 : +

Assalamualaikum

Selamat pagi juga untuk bpk Farihan yang telah Sudi berbagi ilmu yang super dahsyat dan selalu ngirim email buat saya. Saya Istiqomah dari Indonesia Alhamdulillah banyak hal yang saya dapat ikut gabung di group e-ezeki banyak yang tidak tahu jadi tahu. Alhamdulillah setelah saya amalkan sedekah subuh, istiqfar, dan amalan" yang telah saya peroleh di group telegram saya semakin bisa mendekatkan diri ke Allah dan memperoleh ketenangan jiwa. Jadi bisa ngontrol emosi. Kakao rezeki berupa uang saya bekerja di kantor pemerintahan jadi ya gaji sesuai dari yang telah di tetapkan. Tapi ketenangan jiwa adalah segala galanya bagi saya. Mungkin ini bisa saya berikan setelah saya gabung di group telegram dan mengamalkan semua yang telah saya baca. Terimakasih banyak untuk guru dan bpk Farihan Yahya. Semoga kesehatan, keberhahan selalu tercurah untuk bpk Farihan Yahya
Wassalam
-Istiqomah, Indonesia.
Kisah Pengalaman RASA 6 : +
Klik butang dibawah untuk hayati kisah pengalaman RASA sahabat RMR+KMR dengan lebih banyak lagi:
submit button

Ikat Ilmu dengan catitan,
Pelihara ilmu dengan amalan,
Sebarkan ilmu dengan lembaran,
Hayati “ILMU HIKMAH” dalam kehidupan !

Sebelum klik link BUTANG OREN dibawah, baca doa sebegini terlebih dahulu ya

"Ya Allah, Ya Tuhanku, Dengan limpah rahmat dan kasih sayangMu, jika apa yang aku inginkan ini dapat memberi manfaat kepada diriku dan boleh bawa diriku ini dekat kepadaMu, engkau bukakanlah hatiku untuk meneruskan infaq ilmu ini dengan Niat Infaq Kerana Allah Taala."

Rahsia dalam jiwa

Bertindak sekarang juga! Klik butang Oren dibawah. bertangguh, bermalasan dan berlengah-lengah untuk berubah itu tanda bisikan halus dari syaitan..

“Ya Allah, jika apa yang kongsi ini dapat memberi manfaat kepada pelanggan ini, engkau bukakanlah hatinya untuk berinfaq.”

“Tetapi jika tidak ya Allah, redhakan lah aku dan Engkau datangkanlah mereka yang lain yang memerlukan manfaat dari apa yang aku kongsikan ini ya Allah”

Infaq Basic
RM50
  • Workbook RMR (Rahsia Amalan 100 Hari)
  • Group VIP RMR
  • Percuma Daftar Affiliate eR ( Bernilai RM100)
Saya Nak Berubah

Infaq Advance
RM290
  • Workbook RMR (Rahsia Amalan 100 Hari)
  • Workbook KMR (lanjutan dari RMR)
  • Ebook RHD (Mengenal Potensi Diri+Hikmah Diri)
  • Group VIP RMR + KMR + RHD
  • Percuma Daftar Affiliate eR ( Bernilai RM100)
-Saya Nak Berubah-

Tiada jaminan yang lebih utama dari infaq ilmu yang anda laksanakan melainkan mendapat lipat ganda ganjaran dari Allah dan beroleh kelapangan hati & keberkatan rezeki, serta dibukakan jalan untuk memperoleh bermacam lagi nikmat kurniaanNya.

Zakat, Sedekah, Infaq dan Wakaf menjadi saham akhirat(simpanan kekal) kita.